AkiDah/PegAngaN

Tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah
salamPhotobucket

Wednesday, October 19, 2011

Aku hanya ingin kau tahu

Hargai Apa Yang Kita Ada...

Tuesday, August 16, 2011

~NuZuL Al-Quran~



Alhamdulillah hari ni msuk ke 17 ramadhan, dinamakan nuzul Al-Quran, dengan nuzul Al-quran ini lah yng mengingatkan kita rakaman sejarah terbesar Nabi Muhammad saw yang menerima mukjizat dari Allah hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Dari perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Subhanallah begitu agung nya kebesaran Allah taala bila Islam mensyariatkan Al-quran dan As-Sunnah jadikan pegangan. Begitu banyak yang perlu kita pelajari di dalam Al-quran.

Sesungguhnya dengan turunnya al-Quran pada bulan Ramadan sejak lebih 1,400 tahun lalu, telah menyelamatkan manusia daripada melakukan tabiat serta tingkah laku yang tidak selari dengan fitrah mereka sendiri.
Ia menjadi inspirasi ke arah kebaikan kerana di dalamnya penuh dengan ayat-ayat yang mampu merubah sikap manusia kepada sesuatu yang positif dalam hidup mereka.

Sayidina Omar bin al-Khattab yang dulunya dikenali sebagai seorang yang bengis dan amat membenci Rasulullah s.a.w. telah menemui jalan terbaik dalam hidupnya apabila dipertemukan dengan al-Quran yang akhirnya memeluk Islam.
Yang menariknya, Omar telah memeluk Islam hanya kerana membaca dan menatap beberapa potong ayat Quran daripada surah Taha dan setelah mengucap dua kalimah syahadah. Omar menjadi seorang Muslim yang amat komited dan yakin dengan Islam. Omar, setelah mengucap, terus mengisytiharkan keislamannya kepada seteru tradisi Rasulullah termasuk Abu Jahal.
Begitulah jauhnya perbezaan Omar dengan umat Islam pada akhir zaman ini. Tetapi yang peliknya, Omar dan umat akhir zaman juga mengharapkan untuk mendapat syurga dan rahmat pada hari pembalasan, sedangkan cara hidup dan keyakinan mereka amat berbeza.

~Allah menjelaskan dalam surah al-Qadr, bahawa al-Quran diturunkan pada malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadr”, pokok daripada ajaran isi kandungan surah ini ialah al-Quran mula diturunkan pada malam tersebut yang nilainya lebih baik daripada 1,000 bulan, para Malaikat dan Jibril turun ke dunia pada malam tersebut untuk mengatur segala urusan. Surah al-Qadr ini pula diturunkan di kota Makkah dan dihimpunkan dalam surah-surah Makkiyyah, iaitu surah yang diturunkan sebelum hijrah baginda Rasulullah s.a.w ke Madinah, isi pengajarannya ialah beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain.~ alhamdulillah haza faqot minni untuk dikongsikan sedikit tentang nuzul Al-quran, pesanan buat diri sendiri yg sering alpa ini dan juga boleh dikongsikan kepada semua sahabat handai supaya kita dapat memperingatkan bahasa jadikan Al-Quran itu kawan di waktu duka, sedih, gembira ketika hidup kita supaya dia yang akan membawa cahaya menerangi dan menemani kita ketika mana kita keseorangan di dalam kubur nnti wallahualam..


Monday, August 15, 2011

~KemBaLi~



Assalamualaikum..

Uwaaaa udah berapa lame agknye x update blog n, entah lh mybe malas, xsempat arh itu satu alasan padahal xde idea sbnornye nk create dlm blog ni anyway tetibe rase nk create sesuatu kat dlm blog ari n…time on9 biase baca2 blog org, erm sedih tngok blog sendiri kaku je huhu..


Alhamdulillah kite sume sudah masuk ke-10 ramadhan pertengahan. Hari ni masuk ke 16 ramadhan 1432H, bermulanya fasa kedua ibadah puasa kita. Fasa kedua ini juga lebih dikenali sebagai fasa pengampunan. Dengan itu marilah kita banyakkan berdoa kepada Allah agar diberi pengampunan terhadap dosa-dosa kita yang terdahulu dan berharap apabila berakhir bulan ramadhan ini, kita bagaikan dilahir semula dan suci daripada segala dosa. Amin ya Robb insya'allah..salam ramadhan buat semua…supaya kita sume dapat menghayati ramadhan dengan sempurna insya'allah.



Diam x diam sekejap je mase berlalu, ada apa dengan 17hari??, erm pe lah persediaan rohani yang ada dalam diri untuk ku pelajari, perasaan dah mula xkeruan..tkut, gembira sume rase anyway moge Allah permudahkan segalanya, ya Allah jika ini jalan yang terbaik, kami memohon supaya engkau permudahkan segala urusan kami dalam menyempurnakan separuh agama ini dan memberi kami kebahagiaan didunia dan akhirat. Insya'allah moga ini peluang untuk aku mencari redha Allah dalam setiap apa yang aku lakukan didunia ini dan kemudahan untuk aku jalan di atas titian siratulmustakim kelak amin ya Robb.


Bukak fb macam2 status yg dyrg update kn entah pe2 je

lh mls dh nk bacer seolah bangga diri ade, sedih ade, benci pd org n, benci pd org tu huu pening dh bacer dyrg nye status sampai dh boring dgn fb skrg, kalo post2 yg agk bleh membangunkan jiwa syok jugok erk haha suke sgt dgn novel karya Habiburrahman el-Syirazy tu yg menjadi saje, mang best dye nye karya bnyk membangunkan jiwa dan lebih untuk mendekatkan diri kite dgn Allah taala subhanaAllah teringin nk belajor seni penulisan Mbak Lik, sblm tu hati nye senang bacer member2nye coment kat event dan kad jemputan insya'allah amin, moge doa2 kalian sume menjadi pengikat dan insya'allah sumenye akan berjln dengan lancar amin,,,,huu...tiba-tiba radio ikim diputarkan dengan lagu yang sangat buat diri ini tersentuh (kembali Fareast yang betul2 menyengat hati dan

menginsafinya;

Wahai Tuhan yang Maha Pemurah

Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih

Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu

Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi

Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana

Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan

Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayata

subhanaAllah, begitu indah senikata lagu ni kan, moga kita semua sentiasa mendapat keredhaan Allah taala insya'allah dan sentiasa mendapat pengampunan yang begitu indah dari yang maha esa. Allahuakbar, sesungguhnya manusia dijadikan didunia ini supaya;

1) disuruh mengabdikan diri kepada Tuhan,

2) untuk menjadi khalifah-Nya di muka bumi ini

3) mentadbirnya bagi pihak Tuhan dan untuk Tuhan. Tuhan ada berfirman di dalam Al Quran yang maksudnya:

Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdi diri kepada-Ku. (Az-Zariyat: 56)

Akan ditimpa kehinaan di mana sahaja kamu berada melainkan kamu menegakkan dua hubungan iaitu hablumminallah dan habluminnanas. (Ali Imran: 112)

Habluminallah itu ialah hubungan dengan Tuhan dan habluminannas itu ialah hubungan sesama manusia .

Jelasnya, manusia ini diberi Tuhan dua peranan yang wajib dilaksanakan. Pertama ialah peranan sebagai hamba dan kedua peranan sebagai khalifah . Untuk melaksanakan kedua-dua peranan ini, manusia perlukan ilmu.

Terdapat 1 artikle yang mengisahkan mengenai al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu pernah ditanya oleh seseorang ketikamana beliau sedang menaiki keldai , berapakah kaki keldai yang Imam tunggangi?

Maka al-Imam al-Syafie turun daripada keldai tersebut dan mengira kaki keldai tersebut. Selesai mengira kaki keldai berkenaan, barulah al-Imam menjawab : “ Kaki keldai yang aku tunggangi ada empat”. Orang yang bertanya tersebut merasa hairan lalu berkata “ Wahai Imam , bukankah kaki keldai itu sememangnya empat, mengapa engkau tidak terus menjawabnya?” al-Imam al-Syafiee menjawab : “ Aku bimbang, jika aku menjawabnya tanpa melihat terlebih dahulu, tiba-tiba Allah taala hilangkan salah satu daripada kakinya maka aku sudah dikira tidak amanah di dalam memberikan jawapan”

SubhanaAllah…begitu wara' dan teliti dalam jawapan yang diberi oleh imam syafie berbeza dengan zaman sekrg dan manusia sekarang hidup hanya pertaruhkan pangkat, darjat, kemewahan, lagi2 nak raya haha bonus penting bg dyrg, hidup pertaruhkan wang ringgit Astaqfirullah yang baru setahun jagung di dalam ilmu sudah mendabik dada mengaku bahawa seolah-olah mereka mengetahui segalanya. Allahuakbar tiada lagi bi'ah seperti zaman-zaman nabi dulu amanah dalam menyebarkan ilmu, ikhlas dalam memperjuangkan agama. yaa Allah lindungilah kami menjadi hambamu alpa. Wallahualam hanya setakat ini sahaja dulu untuk dikongsikan insya'allah de rezeki jumpe lg, barakallahufiki..selamat menyambut ramadhan al-mubarak fasa yang ke-2 moge kite sentiasa mendapat keampunan darinya.

Monday, December 27, 2010

4 CaRa MengenaL Keaiban Diri Sendiri



1) Hampirkan diri pada guru atau orang berilmu yang dapat menyingkapkan sifat-sifat buruk yang bersarang dalam hati manusia. Guru akan memberitahu keaiban diri seseorang dan cara-cara mengubatinya.


2) Hendaklah mencari rakan karib yang boleh dipercayai, bijaksana dan lebih pengetahuan agamanya.Teman sebegini akan memerhatikan tingkah laku temannya dan jika terdapat perbuatan yang tidak elok, dia segera mengingatkannya.


3) Hendaklah berlapang dada apabila menerima teguran atau nasihat orang lain yang bersangkutan dengan perlakuan atau sifat aib yang terdapat dalam diri seseorang.

4) Hendaklah sentiasa bergaul dengan orang ramai. Lantaran sebarang perkara tercela yang dilihat pada orang lain akan menimbulkan pertanyaan kepada dirinya - adakah perkara tersebut ada pada diri aku? Sebab orang Mukmin adalah cermin kepada Mukmin yang lain.


selagi tidak muhasabah diri kita, selagi itu juga kita sendiri tidak pernah sedar akan kesalahan dan kekurangan yang kita ada. Sesungguhnya tabiat dan sifat manusia di alam ini sama sahaja dalam menurut hawa nafsu. Setiap sifat yang ada pada orang lain, tidak mustahil terdapat juga pada diri sendiri. Malah mungkin lebih dahsyat daripada itu. Sebaik-baiknya telitilah diri sendiri dan bersihkan diri daripada mencela orang lain. Ingatlah, tiada cara yang lebih utama untuk mendidik diri selain mengenal keaiban diri terlebih dahulu. Renungan untuk saya dan sahabat-sahabat dalam keadaan kita sekarang ini masih diuji oleh Allah taala dalam medan percubaan dan penghayatan. Ingatlah wahai sahabat kita akan dihisab suatu hari nanti drpd penilaian dan penghayatan yang kita lakukan didunia ini. Bahkan kita sering beringat jgn menurutkan hawa nafsu dan syaitan krn itulah yang menjerumuskan kita ke dalam api neraka.cukuplah hanya sekadar renungan, renung2kan selamat beramal;-)

Friday, December 24, 2010

For the Rest of My liFe

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
In front of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright:
Awakening Records 2009

keLebiHan MenguRangkan Tidur


Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang.

Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : " The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep."

Maksudnya " Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu
sebelum saya tidur."

"The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night." - Longfellow

Maksudnya " Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka
bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. "

Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.

Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur.

Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui.
Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dn gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidat merasa nikmat oksigen ini. Hanya sekadar renungan dan peringatan untuk diri sendiri jugak

Thursday, December 23, 2010

cerpen: Terima Kasih Menjaga Kasut Saya

Berjumpa kembali ke ruangan bloq sy…erm xrajin nk update tp xpe atlease more better it try..ada 1 cerita di sebalik tajuk tersebut ni to, pada suatu hari seorang wanita ini berjalan di pusat Bandar yang terlalu ramai manusia. Gadis ini suka berjalan seorang diri bahkan tidak menghiraukan keselamatan dirinya sendiri kerana satu kebiasaan. Pada satu ketika, semasa wanita ini singgah untuk solat, ia mencari surau yang berdekatan, apabila masuk diruangan surau tiba-tiba seorang lelaki yang tidak dikenali menyapanya, kerana diminta untuk meletakkan kasutnya dihadapan dan berhampiran dengan pemuda tersebut, kerana sering berlaku kehilangan.


Wanita itu td pun menuruti permintaan hamba Allah tersebut kerana dia berfikir sekiranya betul-betul hilang kasutnya nanti dia nak pakai apya?? Setelah itu wanita itu pun pergi ke ruangan wuduk dan menyelesaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim.

Setelah selesai, dia keluar dari ruangan solat untuk wanita, tiba-tiba hamba Allah yang menjaga kasutnya td menyapa kembali inginkan nombor telefon, wanita itu agak pelik dengan perlakuan hamba Allah itu, so dye bertanya bleh saya tau untuk apa??Hamba Allah itu pon memberi feedback yang positif kemungkinan dia boleh lebih mengenali antara satu sama lain dan mengenal apa iti Islam. Hamba Allah tersebut mengatakan dia seorang yang baru masuk Islam dan beriqtiqaf di Surau ini untuk membuat kebaikan kpd sume org. Wanita itu agak pelik dan bertanya muka anda seperti melayu biasa. Bahkan oleh kerana wanita itu nk cepat dia hanya mengucapkan terima kasih kerana menjaga kasut sy, justeru itu dia menganggap wanita itu tidak akan memberi no telefon dan pemuda itu menawarkan 1 botol minyak wangi kepada wanita tersebut. Pemuda tersebut menjualkan dan menawarkan harga yang rendah supaya wanita itu membelinya dan memaksa sambil membuka tutup minyak wangi itu supaya menyuruh wanita tersebut menikmati bauan wangian tersebut, oleh kerana masa tidak mengizinkan wanita tersebut menolak dengan secara baik.


Kemudian wanita tersebut terus meninggalkan surau tersebut sambil berfikir, apakah dia seorang mualaf??minyak wangi it pon seperti ermm wanita tersebut terus menghilangkan mualaf tersebut dari pemikirannya. Setelah sampai di kauter tiket yang berdekatan dengan surau tersebut, wanita itu disapa oleh seorang makcik yang sangat baik dan dari wajah yang ikhlas seperti seorang ibu. Dia menegur wanita tersebut dan mkcik itu mengatakan sesuatu menyebabkan wanita itu terkejut.


Makcik itu mengatakan "Hamba Allah di dalam surau tu bukan betul sangat, dia tengah mencari anak gadis untuk dikahwininya kerana pernah ditinggalkan dulu oleh bekas wanitanya. Dia mang asal beragama Islam tulen, dia beriqtiqaf di surau itu kerana ingin Allah membantunya. Satu pegangannya dia percaya pd Allah tapi dia xpernah solat walaupun dia tahu bagaimana melakukan solat, dia hidup dengan berzikir katanya Allah akan bantu dia untuk menemui dengan bekas kekasihnya. Minyak wangi yang dia tawar kan kat adik td tu, minyak wangi untuk pukau orang sama ada dia mengambil duit adik dan menurut perintahnya. Makcik nampak adik td ingin sgt makcik menghalangnya, tp makcik xnak mewujudkan kekecohan, mujurlah adik menolak sebelum ni ramai je yang terkena biase dia akan ambil duit, makcik pon pernah terkena"..Astaqfirullahalazim, subhanaAllah wanita itu turut rasa bersyukur kerana Allah melindunginya dari hal yang dia tidak pernah terfikir.


Sesungguhnya satu perlindungan yang sangat bermakna yang Allah berikan, wanita itu turut berasa takut juga bila memikirkan kejadian tersebut..Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sering memerlukannya. Cerita ini tiada kene mengena dengan orang yang hidup dan mati hanya sekadar renungan dan di ambil pengajaran untuk kita semua.

Pukau skrg sering menular di semua kawasan, manusia sekarang bukan seperti manusia dahulu, dunia Akhir zaman ini macam-macam berlaku. Sebagai hamba Allah taala jadilah seorang hamba yang sering taqarrub kpdnya, sebagai prinsip hidup yang harus kita pegang adalah amar ma'ruf nahi munkar..satu pegangan dan ilmu yang sy ingin kongsikan sentiasa lindungi diri kita dengan wuduk iaitu kekalkan air sembahyang sepanjang hari banyak manfaatnya. Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini.

Wednesday, December 22, 2010

TIGA DALAM SATu


Assalamualaikum w.r.b…subhana Allah berjumpa kembali di bloq sy ini. Kalau sahabat-sahabat tahu pelbagai kekangan untuk saya melengkapkan blog ini. Oleh kerana sakarang adalah musim akhir2 pembelajaran saya selama 4tahun sy berada di USIM. Alhamdulillah pelbagai ilmu yg sy pelajari dr masa ke semasa… Berdakwah ini adlh jaringan yg perlu kita bawa sehingga kita menghembuskan nafas yg terakhir, jika kita membawanya sehingga akhir hayat kita, insya'allah kemulian juga yang Allah janjikan untuk hamba-hamba nya yg melaungkan syariat islam islam ini. saya ingin berkongsi kepada sahabat2 antara novel-novel yang sy sanga minati sehingga kehari ini karya Fatimah syarha dan karya Habiburrahman El-Syirazy begitu banyak unsur da'wah yang mereka terapkan untuk remaja. Kebanyakkan remaja kita ingin miliki kebebasan, tidak salah untuk memiliki kebebasan tetapi cukuplah sekadar berlandaskan syariat. Kali pertama saya baca novel ini banyak mengajar apa tiu kehidupan, saya x cakap novel lain xde yang best tapi ini antara yg terbest. cuba lah try bace dyrg nye karya mang best coz sy pernah bercita-cita untuk menjadi seperti dyrg bukan novel sahaja yg dyrg hasilkan, bahkan buku motivasi dan sebagainya. Habiburrahman El-Syirazy juga telah melibatkan dirinya didalam industri dgn mewujudkan drama-drama yang di adaptasi dari novel-novel beliau baru-baru ini ketika cinta bertasbih sempena ramadhan bersiri senetron di Indonesia, drama ketika cinta bertasbih dan ayat-ayat cinta. test lah korang tengok.

Kebanyakkan dalam drama2 melayu di Malaysia tidak pernah terfikir untuk membuat filem yg berunsurkan islam malah banyak drama-drama melayu melakonkan watak yg hanya melaungkan kehidupan dalam khayalan tidak pernah sy melihatkan drama yg berbentuk Islam. Di manakah kemuliaan islam, dimanakah kesucian Islam, di manakah kehidupan yg kekal kita sebagai hamba Allah taala bahkan di pelopori dan dikuasai oleh non-Muslim. Non-Muslim tidak akan serik untuk memburukkan nama Islam.


Alhamdulillah perjuangan yang ditunggu-tunggu akan berakhir dan terbang untuk mencari dan menerima perjuangan yang akan dtg. Banyak interesting zaman bergelar student ni, memang USIM sgt mencabar dengan perngurusan nya, pembelajarannya tp setiap yang berlaku itu semua banyak hikmah nya. Walaupun pahit yg kami rasakan tetapi masih ada kemanisan yg ada di USIM whatever tidak akan sy lupekan kenangan-kenangan yang manis semasa bergelar pelajar. Sebagai hamba Allah yang sentiasa memikul amanah yang diturun kan olehnya sy terasa terpanggil mengimarahkan amal dan bakti di Bumi Allah ini selagi nafasku yang terakhir. Setiap perilaku yang dilakukan oleh kita adalah satu pekerjaan dari perlakuan samaada sukarela ataupon tidak rela.

Ana terasa nak berkongsi dengan sahabat diluar sana yang menjalankan kehidupan masing-masing sebagai seorang hamba yang mengabdikan dirinya kepada Allah taala. Jadikan lah pekerjaan salah satu ibadah, kerana ia sebahagian dari amanah. Amanah itu juga adalah suatu ibadat bukan adat. Kebanyakkan masyarakat tidak mengambil peduli amanah adalah sesuatu perkara bukan untuk dipermainkan malah sentiasa diperingatkan. Dalam surau al-A'araf ayat 172 menerangkan titik permulaan amanah yang dipikul manusia di dunia ini, jadi kite telah menjadi saksi bahawa Allah adalah tuhan kita, Allah sudah pun memberi amaran keras iaitu jangan sekali-sekali mengingkari penyaksian ini di akhirat kelak. Letak lah kebahagian itu hanya untuk Allah taala, sesiapa ingin kan kebahagian letakkan kan sesuatu yang ingin kita miliki dan sudah dimiliki hanya kepada Allah taala.

Alhamdulillah ana pon xtau kenapa terase nak menulis bloq ari ni rasa mcm tangan nye ni gatal nak menaip macam2 haha banyak yang nak di kongsikan tetapi cukup setakat ini dulu…

Kalajengking ini adalah seekor binatang berbisa, apa agaknya motif sy membincang kan kala jengking ini ye???erm dia memang binatang yg sgt berbisa, tp ingin sy sentuh kan di sini Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy", yang berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Maka Malaikat Jibril pun bertanya, "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari 5 orang, iaitu:

1)orang yang meninggalkan sembahyang,
2)orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.

3)orang yang derhaka kepada ibubapanya.
4)orang yang suka bercakap tentang hal dunia di dalam masjid.
5)orang yang suka minum arak."


(kala jengking neraka lagi dahsyat..)
Ini hanya kalajengking dunia sahaja.
body.className.replace('loading', ''); }, 10);